NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akaun UMNO pernah dibekukan, beku akaun parti bukan perkara baharu – Anwar

Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR Tropicana, Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 06 FEBRUARI 2023.


PETALING JAYA – Pembekuan akaun milik parti politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah satu perkara baharu di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim berkata, ini kerana akaun UMNO pernah dibekukan dan ketika itu ia mendapat sokongan kuat daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk agensi penguatkuasaan itu menjalankan siasatan.

Beliau yang juga Presiden PKR menegaskan, semua pemimpin tidak perlu takut untuk disoal siasat jika parti mereka benar-benar bersih.

“Masa akaun UMNO dibekukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi Perikatan Nasional) kuat mempertahankan profesionalisme SPRM.

“Sekarang akaun melibatkan Bersatu, jumlahnya besar dan dikaitkan beberapa keputusan kerajaan di bawah pimpinan beliau.

“Sepatutnya mereka bersiap untuk berikan penjelasan yang mana perlu dan jangan ganggu badan penguatkuasaan seperti PDRM, SPRM, LHDN,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PKR di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beberap akaun milik parti Bersatu masih lagi dibekukan setakat hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih berjalan dan pembekuan akaun belum dibatalkan.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan jumlah simpanan dalam akaun yang dibekukan SPRM kerana pegawai penyiasat masih dalam proses melaksanakan tugas.

Pada minggu lalu, SPRM mengesahkan telah membekukan beberapa akaun milik parti Bersatu baru-baru ini.- MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo