NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

7 sebab KXP tidak wajar dibatalkan


Dalam pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat lepas, Kerajaan Persekutuan mengumumkan untuk "membesar dan meningkatkan keupayaan" Lapangan Terbang (Antarabangsa) Penang dan Subang yang dikatakan lebih rendah kos berbanding pembinaan KXP. Persoalan besaq di sini; adakah ia bermaksud status KXP akan dibatalkan?
 
Ada 7 perkara mengenai projek KXP/Kedah Aerotropolis yang tidak mewajarkannya dibatalkan;

1. Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) adalah nadi utama kepada Kedah Aerotropolis. Ia adalah bersifat pengangkutan dual-hub kargo dan penumpang.
Tanpa KXP, hilanglah tunjang utama kepada Kedah Aerotropolis sendiri.
 
2. Kedah Aerotropolis turut merangkumi perkhidmatan Logistik, Aeroangkasa dan Hub Pembuatan Sidam (SLAM).Maksudnya fungsinya dikembangkan daripada sekadar pengangkutan penumpang kepada perkhidmatan kargo.Malah, Kedah Aerotropolis turut berperanan sebagai Pusat Maintenance (Penyelenggaraan), Repair dan Overhaul (Pembaikan) (MRO) pesawat dan menjadi antara penyedia perkhidmatan berkenaan di rantau Asia.Peranan Kedah Aerotropolis akan meningkatkan imej negara sebagai hub pengangkutan kargo udara yang terkenal.Oleh sebab itu peranannya diperluas kepada SLAM, MRO termasuklah pembangunan darat Lebuh Raya Koridor Utara (NCH).
Jadi, hasrat menjadikan Malaysia umumnya dan Kedah Aerotropolis khususnya sebagai The Memphis of Asian bukan omong kosong.
 
3. Kedah Aerotropolis bukanlah pesaing Penang International Airport, KLIA mahupun Subang Airport. Ia adalah pelengkap (complement) kepada lapangan sedia ada. Penang International Airport boleh menampung sekitar 12 juta penumpang setahun, KXP boleh menampung limpahan daripadanya selain fungsi kargo tadi.Fungsi kargo dalam Kedah Aerotropolis turut mendapat pandangan dan nasihat pihak industri tempatan di KLIA dan Post Aviation antara end user dalam urusan kargo udara dan operasi.

4. Kedah Aerotropolis adalah game changer kepada pembangunan di wilayah koridor utara. KDNK Negeri diunjurkan meningkat kepada 7.5 peratus berbanding sekitar 3-4 peratus dalam keadaan semasa.
Situasi ini boleh mengurangkan kesenjangan pembangunan wilayah serta memastikan keseimbangan pertumbuhan ekonomi khususnya dengan Pulau Pinang dan Perak dapat dicapai.Bukankah itu juga fokus Kerajaan untuk mencapai keseimbangan pembangunan di antara wilayah?

5. Model perniagaan cadangan kepada pembiayaan Kedah Aerotropolis adalah berasaskan Private Finance Initiative (PFI) berjumlah sekitar RM7-8 bilion.Ia tidak melibatkan keseluruhan peruntukan kewangan dan bajet daripada Kerajaan Persekutuan, cuma memerlukan kelulusan dan keteraturan prosedur permohonan.
Oleh itu tidak ada sebab mengapa faktor 'kos' menjadi kebimbangan Kerajaan Persekutuan.

6. Sejak tahun 2014, hampir satu dekad kebelakang, projek KXP (ketika itu) hanya sekadar di atas kertas.
Turut dimaklumkan bahawa lebih kurang 12 konsultan telah dibayar bagi kajian dilakukan terhadap projek KXP.

Mengapa tiada kajian yang sebaliknya mencadangkan Penang International Airport diluaskan fungsinya?
7. Kerajaan Negeri di bawah YAB Dato' Seri Hj Muhammad Sanusi telah berusaha membawa projek ini ke depan sehingga kepada kelulusan secara prinsip di peringkat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 27 Oktober 2020.

Kerajaan Negeri juga sedang berusaha memenuhi lapan syarat yang diletakkan oleh Kerajaan Persekutuan termasuklah Kajian Kebolehlaksanaan di bawah Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP).

Selepas melalui proses yang ghenyah selama tiga tahun ini, tiba-tiba Kerajaan Persekutuan bercadang membesarkan Penang International Airport serta membandingkan dengan keperluan pembinaan KXP.

Adakah terdapat kajian feasibility, CBA dan sebagainya atau sekadar terlintas asbab dendam politik? 

Sekadar bertanya.

Hafiz Mansor
(Ketua Felo The Research)

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo