NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

6 negeri bubar DUN serentak Jun depan




Shah Alam: Enam negeri dijangka akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Jun depan.

Enam negeri berkenaan adalah Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.

"Alhamdulillah kami berenam mengambil kesempatan minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja yang bersidang dua hari ini.


"Secara ringkas kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun ini.


"Persefahaman ini sudah pasti akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing.

"Semoga persefahaman ini dapat mempermudahkan usaha rakyat untuk merayakan demokrasi kelak, insyaAllah," demikian menurut hantaran itu.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya berharap dapat melaksanakan PRN di enam negeri berkenaan. - Harian Metro

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo