NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid 'campurtangan' beri Azalina ‘arahan’ terhadap inkuiri Thomas

PETALING JAYA: Gesaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya menteri undang-undang “mengorek hingga ke lubang cacing” dalam inkuiri memoir bekas peguam negara Tommy Thomas bersifat partisan dan tidak boleh diterima, kata peguam Andrew Khoo.

“Ini dilihat sebagai seruan yang sangat (bersifat) partisan, seolah-olah menjadi agenda Umno untuk ‘mengejar’ bekas peguam negara itu,” katanya.

Khoo berkata, inkuiri itu bertujuan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Thomas dalam buku itu, bukan peranannya sebagai bekas peguam negara mahupun sebarang “agenda sulit”.

Pada perhimpunan agung Umno (PAU) semalam, Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Azalina Othman Said akan “menggagalkan Umno keseluruhannya” jika tidak bersungguh-sungguh dalam inkuiri itu.

Azalina sebelum ini berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk meneliti dakwaan dalam memoir Thomas.

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan berkata, kenyataan Zahid itu membayangkan wujudnya campur tangan dalam kebebasan inkuiri yang dicadangkan itu, dan bukti bahawa inkuiri tersebut adalah untuk kepentingan Umno, terutamanya pemimpin parti itu yang berdepan perbicaraan.

Ambiga berkata, beliau menyokong kerjasama gabungan perpaduan, tetapi ia tidak boleh mengatasi institusi penting.

Memoir Thomas mengundang kritikan daripada Peguam Negara Idrus Harun, peguam, ahli politik, malah orang awam, yang membawa kepada banyak laporan polis dibuat.

Antara dakwaan dalam buku itu termasuk bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, mengenai pelantikan ketua hakim, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Sabah dan Sarawak.

Oktober tahun lepas, polis berkata, mereka sedang melengkapkan siasatan terhadap Thomas atas dakwaan menghasut, serta kesalahan lain yang disyaki berhubung dakwaan dalam memoirnya.

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo