Pemain Vietnam, Nguyen Then Linh (kanan) meraikan jaringannya ketika menentang Indonesia pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Hanoi. - AP |
KUALA LUMPUR: Vietnam mara ke final Piala AFF 2022 selepas menundukkan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Park Hang Seo merakam agregat 2-0 selepas aksi pertama di Stadium Gelora Bung Karno, Jumaat lalu berakhir dengan keputusan 0-0.
Indonesia yang dibimbing Shin Tae Yong pula terus kempunan untuk merangkul kejuaraan sulung di pentas AFF.
Vietnam akan berdepan pemenang antara Thailand dan Malaysia yang akan berentap dalam satu lagi separuh akhir di Stadium Thammasat, malam esok.
Belum pun sempat panas, pelawat sudah dikejutkan dengan gol seawal minit ketiga selepas percubaan Nguyen Tien Linh menewaskan Nadeo Argawinata.
'Skrip' sama berulang apabila Vietnam hanya memerlukan dua minit selepas rehat untuk meledak gol kedua - juga menerusi Tien Linh pada minit ke-48.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment