NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno tak perlu bermuka-muka dengan DAP, rugi berebut pengundi yang sama kalau berpakat dengan PN

KUALA LUMPUR: Ucapan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, pada perasmian perhimpunan agung sayap parti itu malam ini menyaksikan pucuk pimpinan berterus-terang dengan para perwakilan, terutama tentang kerjasama dengan seteru lama, DAP.

Mohamad berkata pendirian Umno terhadap DAP sudah sedia maklum, namun hakikatnya Umno yang tewas PRU15 dipanggil untuk memainkan peranan demi negara, iaitu membentuk kerajaan perpaduan bagi memecah kebuntuan politik.

“Pendirian Umno mesti disesuaikan dengan keperluan dan kedinamikan semasa,” katanya kepada perwakilan Pemuda, Wanita, dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Di majlis yang disiarkan secara langsung kepada media, Mohamad berterus-terang mengatakan bahawa Umno dan DAP kenal dan faham pendirian masing-masing.

“Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura. Kita tahu siapa itu DAP,” katanya.

Menyahut seruan Istana Negara agar Umno memainkan peranan demi rakyat, Mohamad berkata Umno membuat keputusan untuk mengurus perbezaan ini.

“Pilihan kita untuk bekerjasama dengan PH telah menjadikan Umno parti yang akan mewakili kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan,” tegasnya.

Sebaliknya, kata Mohamad, Umno akan kerugian dalam jangka masa panjang jika ia bersama Perikatan Nasional yang mensasarkan kumpulan penduduk yang sama dengan Umno.

“Jika kita dengan PN, kita hanyalah pemain ketiga…ini akan menyukarkan Umno mengurus segala perbezaan di masa akan datang.”


Komen : Umno jaga umno, bukan jaga BN. Itu hakikat yabg sebenarnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo