Imej itu dirakam pada April 2016 oleh sebuah pesawat peninjau perisikan Amerika Syarikat (AS) sebelum disiarkan dalam taklimat sulit mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO) kepada beberapa agensi kerajaan AS.
Video pendek itu memaparkan sebuah UFO yang mempunyai kilauan logam pada permukaannya terbang di atas bandar Mosul, utara Iraq.
Ia adalah imej UFO pertama yang didedahkan secara terbuka hasil penyiasatan kerajaan AS.
Objek itu terbang di sekitar tempat tentera AS beroperasi sekali gus mencetuskan kebimbangan keselamatan kepada Jabatan Pertahanan (DoD). Pegawai-pegawai tentera bimbang kemunculannya boleh membahayakan juruterbang tentera udara dan pasukan tentera darat.
Imej tersebut kemudian diperoleh dua orang wartawan, Jeremy Corbell dan George Knapp yang seterusnya menyiarkan dalam fail media digital UFO mereka, Weaponized.
Taklimat sulit itu turut menerangkan bahawa UFO tersebut bergerak dari arah selatan ke utara.
Dalam video empat saat bertajuk Mosul Orb itu, UFO itu muncul selama satu saat dalam rakaman tersebut. Ia terbang bersama pesawat pengintip MC-12 dan tidak mempunyai sayap. – Agensi
No comments
Post a Comment