NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Turkiye sedia desak gencatan senjata di Ukraine

Presiden Recep Tayiip Erdogan


ISTANBUL: Turkiye bersedia mendesak gencatan senjata di bahagian tertentu zon perang di Ukraine dan memberi amaran Moscow mahupun Kyiv tidak mempunyai kaedah tentera untuk 'memenangi perang'.

Penasihat dasar luar Presiden Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin, mengakui tidak mungkin pihak yang bertelagah bersedia mencapai perjanjian damai menyeluruh dalam beberapa bulan akan datang.

Bagaimanapun beliau berkata kos pertempuran yang tinggi mungkin menyaksikan kedua-dua pihak bersedia mempertimbangkan semula dan menerima gencatan senjata setempat di bahagian tertentu zon perang.

"Turkiye bersedia untuk mendesak gencatan senjata setempat... tiada pihak dalam kedudukan untuk memenangi perang secara ketenteraan di lapangan," kata Kalin kepada pemberita.

Erdogan telah menggunakan hubungan baiknya dengan Moscow dan Kyiv untuk mencuba dan menjadi pengantara menamatkan perang hampir 11 bulan.

Turkiye yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menjadi tuan rumah dua pusingan awal rundingan damai dan membantu mencapai perjanjian yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memulihkan penghantaran bijirin Ukraine merentasi Laut Hitam.

Erdogan juga telah mengadakan rundingan telefon berulang kali dengan Presiden Russia Vladimir Putin dan pemimpin Ukraine Volodymyr Zelensky bertujuan mencari titik persamaan.

Kalin berkata Russia amat berminat dengan "jaminan keselamatan" daripada NATO dan rasa hormat di peringkat global.

"Apa yang Russia mahukan adalah untuk dihormati sebagai pemain utama," kata Kalin.

"Ukraine tidak akan menyertai NATO tetapi mereka perlu mendapatkan jaminan keselamatan yang mencukupi daripada Russia," katanya.


Sumber I Astro Awani 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo