Menurutnya, tiada gunanya lagi untuk terus berada dalam parti yang dipimpin oleh barisan kepimpinan tidak bertanggungjawab.
“UMNO kini sudah mati dengan demokrasi dan kepimpinan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) kini adalah para pemimpin yang paling penakut dalam sejarah UMNO. Saya akan serahkan surat rasmi peletakan jawatan dalam minggu ini.
“Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.
Meskipun melepaskan jawatannya, beliau berkata akan tetap bersahabat dan menjaga ukhuwah dengan pemuda-pemuda UMNO lain yang kekal dalam parti tersebut.
Malam tadi, UMNO mengumumkan pemecatan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Omar serta puluhan ahli lain juga menggantung keahlian selama enam tahun terhadap empat pimpinan termasuk Datuk Seri Hishamuddin Hussien.
No comments
Post a Comment