NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: Nekad untuk tidak lagi tersepit dalam kemelut rumah tangga yang bagaikan tiada berkesudahan, pelakon, Puteri Sarah Liyana, memohon suaminya, Syamsul Yusof untuk melepaskannya.

Kenyataan dibuat Sarah menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, hari ini.

Sarah dalam hantaran itu mendakwa, Syamsul masih menyekatnya untuk mereka berhubung secara langsung, selain gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Kepada Mohd. Syamsul, oleh kerana awak masih block (sekat) saya sehingga sekarang dan masih gagal untuk berbincang, saya minta lepaskan saya.

“Ini kerana awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Saya tidak rela dimadu dan awak adalah suami yang narsistik. Kita berhak dapatkan yang lebih baik,” katanya.

Perkongsian Sarah itu mendapat pelbagai respons daripada pengikut dan peminat, terutama wanita yang mengikuti isu rumah tangganya sejak awal kontroversi tercetus.

Hantaran terbarunya itu juga mendapat reaksi beberapa rakan artis dan antara yang dilihat meninggalkan komen, termasuk penyanyi dan pelakon, Lufya.

“Letakkan noktah sayang. Jangan layan ‘drama’ ni lagi. Awak dan anak-anak bukan mainan media. Hidup dengan tenang dan fokus rangka masa depan anak-anak lebih baik sayangku.

“Biarkan mereka dalam dunia yang sementara ini. Tak mahu tengok awak dan anak-anak jadi bahan fitnah lagi Sarahku Sayang. Keep your faith in Islam, Allah dan Rasul,” kata Lufya.

Jumaat lalu, Syamsul meleraikan spekulasi apabila mengesahkan telah berkahwin dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.

Syamsul berkongsi berita itu menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG), seterusnya mencetuskan pelbagai reaksi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo