NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM tahan dua datuk kes Menara KL

SPRM menahan dua suspek bagi kes ambil-alih saham syarikat pengurusan Menara KL. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah kanan syarikat bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan pembelian saham dan isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL). 

Dua pengarah syarikat berusia antara 49 dan 59 tahun ditahan petang tadi di Ibu Pejabat SPRM.

Difahamkan, seorang yang ditahan ialah pengarah urusan syarikat yang didakwa terbabit mengambil alih saham Syarikat Menara KL. 

Seorang lagi pula ialah ahli perniagaan yang dipercayai menjadi 'orang tengah' dalam urusan pengambilalihan syarikat itu. 

Sumber berkata, siasatan mendapati antara habuan yang diperolehi permintaan wang rasuah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah. 

Itu dikatakan hadiah kepada 'orang atasan' untuk membantu pengambilalihan itu.

BH difahamkan, beberapa saksi termasuk pegawai kanan Telekom Malaysia (TM), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Komunikasi dan Digital, serta syarikat tertentu sudah diambil kenyataan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau enggan mengulas lanjut dan menasihati semua pihak agar tidak menimbulkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan SPRM. 

BH sebelum ini melaporkan, SPRM sudah memulakan siasatan berhubung isu pengambilalihan pengurusan Menara KL, yang didedahkan di media sosial.

Isu pengambilalihan pengurusan Menara KL tular di media sosial apabila orang ramai mempersoal keputusan TM melalui anak syarikatnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd memindahkan pemilikan penuh mereka kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd pada Oktober lalu.

Satu akaun Twitter dikenali sebagai @FreeMsian mendakwa Menara KL yang menjana pendapatan RM66 juta pada 2019 dengan untung bersih RM25 juta itu sebagai 'cash cow' dan pemindahan saham itu tidak dihebahkan kepada umum.


Sumber I BH Online


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo