NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Singkir’ dulu perkara berkait GEG, lulus RUU kawalan tembakau, kata badan pemikir

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial melihatvape dan e-rokok antara punca masalah ketagihan nikotin.



KUALA LUMPUR: Sebuah badan pemikir mencadangkan supaya perkara berkaitan “generasi penamat” (GEG) dalam versi sedia ada Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok diketepikan buat masa ini, bagi memastikan ia dapat diluluskan.

Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Khalib berkata, perkara berkenaan, yang dilihat mencetuskan perbalahan dalam kalangan Ahli Parlimen terdahulu, perlu ditangani pada masa lain.

“Bagaimanapun, kita memerlukan peruntukan lain dalam RUU itu dengan segera, termasuk berkaitan penyelarasan vape,” katanya dalam kenyataan, ketika kebimbangan kementerian kesihatan berhubung penjualan produk e-rokok dan vape di depan sebuah sekolah yang tular baru-baru ini.

Katanya, selagi RUU seperti Kawalan Produk Tembakau dan Merokok tidak diluluskan Parlimen, sebarang usaha untuk melindungi kumpulan berkenaan daripada muslihat pemasaran seperti itu tidak akan berjaya.

Katanya, jualan dan pemasaran vape dan produk berkaitan masih tidak dikawal di negara ini, dengan lebih 1.6 juta rakyat Malaysia menggunakan vape.

“Bilangan itu semakin meningkat. Akibat ketiadaan perundangan atau peraturan, tiada apa yang dapat menghalang, disekat atau melarang pembuatan, pemasaran dan penjualan produk vape yang bukan saja sengaja menyasarkan pengguna muda, malah mempunyai kandungan nikotin tinggi.”

Menurut Azrul, cecair vape dijual di Malaysia berkemungkinan mengandungi sehingga 5% nikotin, dengan harga jualan antara RM10 hingga RM20. Sebagai perbandingan, tahap maksimum dibenarkan di Eropah dan Indonesia adalah hanya 20mg atau 2%.

“Malangnya tanpa RUU Kawalan Tembakau dan Produk Merokok, kini wujud kelopongan besar dalam perundangan sedia ada berkaitan penjualan produk yang mengandungi nikotin, khususnya vape.

“Jualan vape pakai buang murah dengan cecair nikotin berkepekatan tinggi buat masa ini tidak dapat dihalang, disekat atau dilarang. Sesiapapun termasuk kanak-kanak mampu membelinya.”

Azrul menyifatkan vape dan e-rokok sebagai antara punca masalah ketagihan nikotin.

Katanya, pengguna vape sering mendapati ketagihan mereka beralih kepada e-rokok dan vape walaupun telah berhenti merokok. Ini mengakibatkan segelintir mereka kini merokok tembakau dan e-tembakau. Malah, katanya, ada kanak-kanak semuda 10 tahun ketagihan nikotin.

Disebabkan ini, katanya, RUU Kawalan Tembakau dan Produk Merokok mencadangkan pengawalan industri vape dengan cara sama industri tembakau kini dikawal, khususnya berkaitan pengiklanan, pemasaran, promosi dan penajaan.

“RUU itu perlu diluluskan segera. Ini akan membantu mengekang dan mengawal vape yang kini tidak terkawal di negara ini.”


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo