KUALA LUMPUR: PAS mempertikai ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Forum CTCORP Leadership di Indonesia, baru-baru ini, kerana mengguris dan merendahkan daya intelektual rakyat negara ini khasnya anak muda.
Ketua Penerangan PAS, Pusat Khairil Nizam Khairudin berkata, dalam forum itu, Anwar membicarakan mengenai soal kelangsungan dan juga bagaimana rakyat hari ini khasnya anak muda kurang membaca dan tidak ada nilai serta merujuk kepada suara hati anak muda di Tik Tok.
"Kenyataan ini sedikit sebanyak mengguris dan merendahkan daya intelektual rakyat khasnya anak muda ketika ini yang secara majoritinya menolak kepimpinan PH-BN mengikut keputusan PRU-15 yang lalu.
"Generasi Tik Tok yang sebulat suara menolak PH-BN ini sebenarnya adalah mereka yang intelektual namun cara mereka mengekspresi luahan mereka dengan menggunakan Tik Tok amat tidak disenangi oleh PH-BN yang gagal menjawab persoalan dibangkit TikTokers khasnya mengenai isu rasuah juga skandal moral pemimpin PH-BN," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Khairil Nizam yang juga ahli Parlimen Jerantut mengingatkan Anwar yang membicarakan soal adab pada forum berkenaan sebenarnya memberi tamparan kepada beliau sendiri.
"Apabila PM berbicara soal adab kononnya, ia sebenarnya satu tamparan kepada beliau sendiri yang mana meninggalkan jauh adab apabila pernah menuduh Tuan Guru Presiden PAS (Tan Sri Abdul Hadi Awang) fitnah beliau kononnya akan bersama BN selepas PRU-15.
"Kebenaran pasca PRU-15, PH benar-benar memilih kleptokrat yang digelar sebagai penyamun 'hoi ya hoi' itu menjadi gabungan bagi membentuk kerajaan Pusat.
"Dimana nilai adab PM bilamana terlalu banyak berbohong? Inikah yang mahu beliau tunjuk kepada rakyat yang dikatakan sebagai beradab? Malah janji sebelum PRU-15 mahu mengutamakan kebajikan rakyat hingga kini masih tinggal janji walau lebih sebulan kerajaan PH-BN dibentuk.
"Usah berkokok di padang lain (di negara jiran) sedang ekor bergelumang najis di negara sendiri," katanya menerusi kenyataan media itu.
kahkahkah
ReplyDeleteAngkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia membidas Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin yang didakwa cuba memesongkan maksud sebenar kenyataan ucapan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu forum di Indonesia baru-baru ini.
ReplyDeleteTimbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Munim berkata walaupun syarahan umum Anwar pada forum Kepimpinan CTCORP itu mendapat pujian ramai terutamanya dalam kalangan pemimpin Indonesia, Khairil Nizam ternyata gagal mencerapi intipati ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
“Ucapan PM di Jakarta baru-baru ini adalah ayat contoh menggambarkan keadaan semasa tentang penguasaan ilmu pelbagai dan bahaya pemusatan kepakaran, tiada langsung kena mengena dengan serangan ke atas pengguna media sosial.
“Hakikatnya, tidak ada pihak yang terguris melainkan mereka yang benar-benar terkesan dengan mesej yang disampaikan.
“Khairil Nizam kelihatannya sengaja menggagalkan diri untuk memahami syarahan tersebut.
“Beliau memilih untuk bertindak bermain politik dengan emosi dan sentimen tanpa fakta, tindakan yang saling tidak tumpah seperti yang sering dipamerkan oleh presiden partinya,” kata Kamil dalam kenyataannya.
Khairil Nizam sebelum ini mendakwa ucapan Anwar yang menyentuh mengenai minat membaca dalam kalangan anak muda sebagai merendah-rendahkan daya intelektual rakyat Malaysia.
Dia turut mendakwa ucapan itu menyerang pengguna laman sosial terutama TikTok yang dakwanya secara majoriti membuat keputusan menolak kepimpinan PH – BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
“Kenyataan itu menimbulkan persoalan, adakah Ketua Penerangan Pas hanya berminat mengulas isu-isu berkaitan tabiat pengguna media sosial kegemaran sesetengah mereka, yang dirasakan memihak kepada naratif mereka.
“Perdana Menteri sendiri menyebut tabiat dan kecenderungan anak muda terhadap penggunaaan media sosial, ada sisi positifnya dan menolak untuk mengambil sikap menyerang kerana ia tidak lebih daripada soal budaya anak muda mengikut peredaran zaman.
“Maka apa yang digambarkan Ketua Pemuda Pas itu hanya bersifat memesongkan kenyataan sebenar PM,” tegas Kamil.
Selain itu, beliau menggesa Khairil Nizam agar belajar adab dan kualiti dalam mengeluarkan kenyataan sesuai kedudukannya dalam parti.
Beliau juga meminta Khairil meninggalkan budaya fitnah dan pemesongan fakta supaya tidak membebankan fikiran rakyat yang terpaksa membuang masa melayan karenah politik toksik yang tidak berkesudahan di negara ini.
“Sebagai pemimpin muda dalam Pas, Khairil seharusnya menggunakan ruang yang ada untuk membawa pendekatan politik yang lebih segar dan matang.
“Namun jelas, kebencian Pas dan PN terhadap sosok PM telah mengatasi keperluan politik dan ekonomi semasa, yang menuntut semua pihak untuk mencari jalan keluar daripada kemelut politik (toksik) yang melanda,” katanya.