RANTAU PANJANG: Bantuan banjir yang diumumkan kerajaan Persekutuan sebanyak RM100 juta dikatakan akan disalur kepada Kelantan dan Terengganu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Adun Gual Periok, Dato’ Muhammad Awang berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana dianggap melanggar konsep federalisme diamalkan.
Menurutnya, walaupun kerajaan persekutuan dan negeri tidak sehaluan ideologi politik, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya berulang semula.
“Kami difahamkan bantuan yang dijanjikan perdana menteri belum lagi sampai kepada rakyat dan dalam proses diberi kepada JPP bukannya kerajaan negeri.
“Nampaknya kerajaan PH-BN yang menguasai Putrajaya sekarang kembali semula kepada amalan politik era kerajaan Barisan Nasional yang mengamal diskriminasi kepada Kelantan,” katanya di sini.
Ketika meninjau lokasi banjir di Kelantan akhir tahun lepas Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera banjir RM100 juta kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
Menurutnya juga bantuan awal akan diberi kepada mangsa banjir sebanyak RM1,000 satu keluarga dan bantuan kematian RM10,000 bagi setiap individu terlibat.
Jajahan Rantau Panjang dan Pasir Mas antara kawasan yang terjejas akibat banjir pada akhir tahun lepas.
Mohamad yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Rantau Panjang bagaimanapun menyambut baik hasrat kerajaan persekutuan untuk meneruskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Beliau berkata, rakyat amat memerlukan pembinaan tebatan banjir melalui projek tersebut kerana ia mampu mengurangkan kesan limpahan air dari Sungai Golok yang berlaku setiap tahun. – HARAKAHDAILY 9/1/2023
Komen: almarhum TGNA pernah sebut, pemimpin yg buat aniaya macam ni, berdosa dan boleh masuk neraka.
No comments
Post a Comment