Kedua-dua mereka memiliki ketinggian 195.07 sentimeter memakai cermin mata, bermain besbol dan memiliki nama sama.
Pada 2015, kedua-dua lelaki itu mencetuskan kekeliruan apabila mereka menjalani pembedahan siku yang sama dan dilakukan oleh doktor yang sama iaitu James Andrews.
Brady Feigl bermain untuk pasukan besbol San Diego Padres. – Foto GettyBrady berkata: “Saya mungkin enam atau tujuh bulan tidak menjalani pembedahan
“Pejabat mereka menghubungi jurulatih kami dan berkata, bila Brady melaporkan diri untuk pembedahan? Adakah dia turun ke sini esok?”
Bermula dari kejadian itu, baru dia menyedari terdapat seorang lagi pemain besbol yang mempunyai wajah dan nama yang sama dengannya.
Mereka juga mendapat perhatian akaun media sosial Ole Miss pada 2017 apabila terdapat ucapan selamat ulang tahun kelahiran ditujukan kepada Brady tetapi sebenarnya ia adalah untuk Brady yang lain.
Brady Gregory Feigl berusia 22 tahun dan dilahirkan di Missouri, manakala lelaki berusia 27 tahun yang memiliki wajah sepertinya bernama Brady Matthew Feigl dan berasal dari Maryland.
Brady Feigl bermain untuk pasukan besbol Mesa Solar Sox sementara Brady Matthew mewakili pasukan besbol San Diego Padres.
Sejak pertemuan pada 2017 itu, mereka telah menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tetapi tidak mempunyai kaitan adik-beradik.
Bagaimanapun, kedua-dua Brady kini telah mula untuk menyemak mana-mana kad besbol sebelum menandatanganinya. – Agensi
No comments
Post a Comment