Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli pada minggu lalu menegur sikap segelintir peniaga makanan yang tidak menurunkan harga walaupun kos bahan mentah turun. (Gambar Bernama) |
PETALING JAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli, mahu bertemu wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan untuk membincangkan ‘secara dua hala’ langkah yang boleh diambil bersama, susulan ketidakpuasan hati terhadap kenyataan beliau berkaitan harga makanan.
Sebelum ini, beberapa pengusaha tidak berpuas hati kerana kenyataan Rafizi tidak menggambarkan situasi peniaga secara menyeluruh, yang berdepan kenaikan kos lain seperti pekerja, sewa, dan barangan import.
Terdahulu, Rafizi menasihatkan pengguna mengelak berkunjung ke restoran yang menawarkan harga makanan tinggi meskipun harga bahan mentah mengalami penurunan.
Rafizi dalam kenyataan hari ini berkata beliau sedia maklum beberapa cabaran pengusaha yang berdepan dengan kenaikan kos lain, seperti kos pekerja akibat pelaksanaan gaji minimum RM1,500.
“Ada beberapa langkah yang sedang diperhalusi pelaksanaannya untuk membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan-kenaikan yang mereka tanggung, termasuklah potensi menyebarluas model tenaga kerja sambilan (gig workforce) dalam sektor restoran dan kedai makan,” katanya.
Rafizi menambah langkah itu sebahagian usaha menyelaraskan pasaran kerja dengan tuntutan sektor ekonomi.
Sebelum ini, beberapa ahli ekonomi berkata pandangan Rafizi bahawa restoran harus menurunkan harga sejajar kejatuhan kos bahan mentah adalah “tidak tepat”.
Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, pula berkata kerajaan wajar membantu peniaga menjual makanan pada harga murah, dan membantu rakyat mendapatkan harga berpatutan, selain memastikan harga bahan mentah menurun.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment