Menurut Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff, tindakan itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
“Kami akan membawa isu ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar tindakan segera dapat diambil bagi menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga lain.
“Jangan sama sekali beri peluang kepada yang mengambil kesempatan seperti ini. Kami sendiri kini cukup aktif membuat laporan dan amat berharap agar pengguna dapat mengambil tindakan sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Semalam seorang pengguna memuat naik resit pembelian di Facebook yang memaparkan tindakan peniaga tersebut mengenakan caj pengendalian telur berjumlah RM6 untuk dua papan telur gred D dibelinya.
Perkara itu menarik perhatian banyak pihak yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai melampau dan tidak sepatutnya berlaku.
Mengulas lanjut Mohamad Yusrizal berkata, orang ramai diharap dapat bersatu hati memanfaatkan kuasa pengguna dalam berdepan situasi sedemikian. – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment