Bercakap kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina MCA di Kuala Lumpur hari ini, Ismail berkata suara mereka tidak lagi kedengaran pada masa ini, di saat orang ramai sekali lagi menggesa perkara sama.
"Kerajaan perlu ambil tindakan segera terhadap aduan rakyat. Semalam selepas saya bersenam, seorang makcik datang mengadu, minta kalau boleh mereka (dibenarkan) keluarkan (simpanan dalam) KWSP.
"Dulu ketika saya (mentadbir negara), ramai yang bising bila kita buat kajian sama ada boleh keluarkan (atau) tidak. Akhirnya kita benarkan.
Ismail dipercayai merujuk beberapa ahli politik yang dahulu mendesak kerajaan pimpinannya supaya membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka.
Antara ahli politik tersebut adalah Anwar Ibrahim yang kini menjadi perdana menteri dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Pada minggu lalu, Anwar berkata kerajaan perlu menimbang nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran khas sekali lagi.
Ia selepas sekumpulan pencarum meminta Anwar mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran awal KWSP sehingga RM30,000.
Sementara itu, ditanya jika dia menjangkakan keadaan dalam BN akan lebih tenang tahun ini, Ismail berkata gabungan itu sentiasa dalam keadaan tenang.
“Sudah tentu kami tenang sekarang. Memang kita pun tenang sekarang, tak ada masalah. BN ada masalah kah?" katanya.
No comments
Post a Comment