LONDON: Seorang pelajar kejururawatan didakwa di Mahkamah Britain hari ini atas dakwaan melakukan perancangan untuk menyerang pangkalan tentera udara dan membawa bom buatan sendiri ke wad bersalin di sebuah hospital.
Menurut pendakwa raya, pada 20 Januari lalu, Mohammad Farooq, 27, ditahan di luar Hospital Universiti St James di Leeds, utara England bersama bom periuk tekanan canggih, mengandungi 13.7 kilogram campuran bahan letupan tahap rendah buatan sendiri.
Pendakwa Raya berkata, pada awal Januari, Farooq melakukan risikan musuh terhadap pangkalan Tentera Udara Diraja di utara England selepas didesak secara dalam talian untuk melakukan serangan.
Suspek juga berdepan satu lagi pertuduhan kerana cenderung melakukan tindakan keganasan susulan rancangannya terhadap pangkalan udara dengan pendakwa raya mendakwa tindakan itu bermotifkan ekstremisme.
Farooq juga didakwa memiliki bahan letupan dan memiliki senjata api tiruan susulan kejadian di hospital tempat beliau bekerja yang dikatakan oleh pendakwa raya sebagai dendam terhadap kakitangan lain di hospital.
Suspek muncul melalui pautan video di Mahkamah Majistret Westminster.
Dia juga tidak diminta untuk membuat pengakuan dan diperintah untuk ditahan sehingga perbicaraan seterusnya pada 3 Februari ini di Mahkamah Jenayah Pusat London. - AP
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment