RAMALLAH: Tentera Israel hari ini menembak dan membunuh seorang rakyat Palestin selepas individu itu didakwa melepaskan tembakan ke arah mereka yang berada di Tebing Barat.
Pegawai Palestin memaklumkan kepada Reuters bahawa lelaki yang ditembak itu, Hamdi Abu Dayyeh, adalah pegawai keselamatan mereka dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, bagaimanapun jenazah lelaki itu kini masih ditahan oleh tentera Israel.
Jurucakap pihak berkuasa Palestin sehingga kini tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan kenyataan lanjut.
Tebing Barat adalah antara wilayah yang dituntut penduduk Palestin untuk dijadikan sebahagian negaranya, namun kawasan itu menyaksikan pelbagai keganasan selepas tentera Israel bertindak balas terhadap siri serangan jalanan di beberapa bandar pada tahun lalu.
"Penyerang melepaskan tembakan ke arah tentera, yang bertindak balas dengan tembakan peluru hidup untuk 'meneutralkannya' (membunuh mangsa)," kata tentera Israel, yang menambah tiada tenteranya yang cedera dalam kes itu.
Menurut pegawai Palestin, sebelum ini seramai 13 rakyatnya terbunuh dalam serbuan yang dilakukan sejak awal tahun ini, termasuk empat remaja dan sebaliknya tiada tentera Israel yang terbunuh dalam operasi yang diadakan itu. - REUTERS
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment