NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS ‘ajar’ Rafizi topik ekonomi sebab harga tidak turun

story-image
PAS mengingatkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa kuasa pasaran sahaja tidak cukup untuk menurunkan harga barang.

Sebaliknya, menurut parti itu, kuasa pasaran bukan bergantung kepada hukum penawaran dan permintaan saja. 

“...tetapi di sana terdapat masalah di peringkat lapisan lain yang melibatkan price floor di mana sekuat mana pun peniaga ditekan mereka tak akan turunkan harga kerana harga dah sampai ke beam price, bukan lagi price floor

“Dengan kata lain, jika harga diturunkan lagi, maka peniaga akan mengalami kerugian,” kata Pengarah Dokumen Hijau PAS Zaharudin Muhammad.

Rafizi Ramli
Memberikan contoh harga ayam, Zaharudin berkata walaupun pemborong ditekan dengan kawalan harga, harga tetap tidak turun kerana produksi ayam dicemari oleh unsur monopoli import makanan haiwan.

“Semua kos-kos ini mempengaruhi beam price di mana, ditekan macam mana pun, peniaga tidak akan menurunkan harga barang, dan sampai satu tahap, baik tutup bisnes daripada turunkan harga barang,” katanya.

Dokumen Hijau merupakan himpunan gagasan PAS berkaitan ekonomi yang diterbitkan oleh pusat penyelidikannya.

Rafizi pada 25 Januari lalu mempertahankan gesaannya agar pengguna menggunakan kuasa pasaran untuk menurunkan harga makanan dan minuman di restoran dan kedai makan.

Gambar hiasan
Katanya, data menunjukkan harga yang dikenakan peniaga, terutama restoran dan hotel, terus meningkat walaupun kos bahan mentah di pasaran telah stabil.

Dalam kenyataan di akhbar web PAS Harakahdaily hari ini, Zaharudin berkata hukum pasaran telah dirosakkan oleh monopoli di peringkat huluan.

“ Sebenarnya, rules of demand and supply ini adalah kaedah hukum alam seperti hukum fizik; yang kecil boleh masuk ke dalam yang besar, yang bulat bergolek, yang ringan terapung dan sebagainya,” katanya.

Justeru, katanya, jika semua unsur perosak kepada hukum permintaan dan penawaran semula jadi dihapuskan, barulah peniaga dan pembeli dapat membentuk harga keseimbangan. 

“Bukan terbalik sebagaimana yang dibuat oleh Rafizi iaitu kerajaan do nothing (tidak buat apa-apa) terhadap pencemar-pencemar harga sebaliknya kerajaan buat kerja rakyat iaitu ajak boikot kedai jual mahal. 

“Memang formula terbalik habis. Sebab itu barangan tidak akan turun,” katanya.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo