Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. - Foto AGENSI |
RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berkata rakyat Palestin akan terus mengambil tindakan undang-undang dengan pengesahan antarabangsa untuk bertindak balas terhadap pencabulan Israel.
Tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir yang masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur adalah permulaan pelaksanaan dasar baharu kerajaan Benjamin Netanyahu yang diumumkan mereka," kata Mahmoud.
Agensi berita rasmi Palestin, WAFA melaporkan, Mahmoud berkata demikian pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dipengerusikannya di bandar Ramallah, Tebing Barat.
"Kami secara mutlak menolak dasar kerajaan (Israel) ini, namun kami juga mendengar banyak penolakan mengenainya di pelbagai negara di dunia dan di dalam Israel," kata Mahmoud.
Sementara itu, dalam satu kenyataan rasmi, jawatankuasa eksekutif PLO memberi amaran mengenai kesan bahaya lawatan Ben-Gvir ke Masjid Al-Aqsa dan menyeru supaya satu sidang majlis Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) segera diadakan untuk menghadapi jenayah serius itu secara politik.
"Ia juga menyeru supaya mekanisme praktikal segera diwujudkan untuk membendung peningkatan agresif pendudukan kerajaan itu,".
Selasa lalu, sumber Palestin dan Israel berkata, Ben-Gvir memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa dan berjalan di sekitar halaman masjid untuk beberapa ketika di bawah perlindungan keselamatan yang ketat oleh anggota polis Israel. - AGENSI
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment