
Menurut Prolintas, individu terbabit yang merupakan seorang wanita didapati telah culas sebanyak 45 kali.
“Akibat daripada itu, dia mempunyai tunggakan berjumlah RM275.65 dan telah dilangsaikan serta-merta,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.
Tambah Prolintas, orang ramai dinasihatkan tidak meniru tindakan tersebut kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya.
“Jadikan ini ikhtibar dan jangan tiru aksi tak bermoral ini. Anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment