Kuala Lumpur: Kerajaan terkilan dengan sikap pengusaha restoran dan kedai makan yang gagal menurunkan harga makanan, walaupun kos bahan mentah dalam pasaran kini menunjukkan penurunan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ketika mengakui kerajaan tidak mampu campur tangan terhadap kenaikan harga makanan di semua restoran dan kedai makan itu, mengharapkan kerjasama orang ramai untuk memulau premis yang gagal menurunkan harga.
"Orang ramai dan semua peniaga, termasuk pengusaha restoran dan kedai makan serta peruncit diminta memberi kerjasama dengan menurunkan harga makanan kerana semua harga bahan mentah sudah menunjukkan penurunan," katanya.
Terdahulu, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR, hadir menyampaikan ucap utama sempena Konvensyen Pilihan Raya Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri di sini, semalam.
Yang turut hadir adalah Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim.
Khamis lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara dilaporkan memutuskan untuk mengekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus.
Mengulas lanjut, Rafizi mengakui kerajaan tidak berkemampuan campur tangan terhadap kenaikan harga makanan di semua restoran dan kedai makan.
Sebaliknya, katanya, orang ramai disaran turut sama memainkan peranan membantu dalam usaha kerajaan mengekalkan OPR.
"Orang ramai boleh memilih dengan ke restoran dan kedai makan lain, jika mendapati pengusaha makanan masak tidak menurunkan harga," katanya.
No comments
Post a Comment