Namun pernahkan pimpinan MCA tahu sekiranya harga telur subsidi terus meningkat hilanglah bekalan protein yang mudah didapati buat rakyat marhean.
Oppss lupa, kebanyakkan mereka yang mendominasi pasaran telur merupakan taikun-taikun Cina. Jelas MCA mahu terus taikun taikun ini beroleh keuntungan berlebihan sambil menikmati subsidi kerajaan.
Terbaru Pengerusi Biro Pertanian MCA Ngwe Hee Sem menggesa kerajaan menaikkan harga siling untuk telur tempatan bagi menangani isu bekalan telur.
Menurutnya, sekiranya kerajaan ingin menangani akar permasalahan bekalan telur, harga siling RM0.41 perlu dinaikkan bagi memberi insentif kepada penternak tempatan bagi meningkatkan pengeluaran telur.
“Pada had harga tetap RM0.41 sebiji, keadaan ini menyebabkan penternak telur ayam tempatan mengaut keuntungan terlalu sedikit untuk mewajarkan pengeluaran, menyebabkan pengurangan bekalan telur.
“Sebaliknya, jika kita bergantung semata-mata kepada telur import dari India, ia hanya akan melegakan simptom, manakala petani tempatan terus menderita.
“Tambahan pula, isu kesegaran dan logistik untuk telur import juga akan menjadi cabaran yang ketara,” katanya.
- AMALmedia
No comments
Post a Comment