NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lost World of Tambun siap sedia sambut kehadiran 40,000 pengunjung rumah terbuka Tahun Baharu Cina



IPOH, 27 Jan (Bernama) -- Taman Tema Lost World of Tambun (LWOT), tuan rumah kepada majlis khas rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak, sedang gigih membuat persediaan rapi bagi menyambut kehadiran kira-kira 40,000 pengunjung yang dijangka tiba bagi memeriahkan majlis, Ahad ini.

Tinjauan Bernama mendapati persiapan fasa akhir kini mencecah 80 peratus, antaranya dari segi hiasan, infrastruktur tambahan, kemudahan  pengunjung dan susunan parkir dalam memastikan aspek keselamatan serta keselesaan diutamakan.

Petugas LWOT turut dilihat bekerja keras membuat persiapan di khemah utama yang akan menempatkan kira-kira 1,000 tetamu, selain beberapa penari dilihat sedang melakukan latihan persembahan, khusus bagi menghiburkan orang ramai nanti.

Antara yang akan ditampilkan pada hari berkenaan adalah persembahan Kumpulan Selendang Perak, Orkestra Cina, Tarian Cina, Spring’s Day Show dan banyak lagi.

Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun,Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata sambutan yang diadakan bukan hanya sekadar meraikan Tahun Baharu Cina, malah pengunjung boleh juga menikmati pelbagai aktiviti, tarikan dan juga persembahan yang di sediakan.

“Harapan saya adalah dengan penganjuran program ini, ia dapat memupuk semangat perpaduan antara pelbagai bangsa di Malaysia,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan menasihatkan orang ramai yang ingin mengunjungi majlis itu supaya menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi, dan diminta meletakkan kenderaan di Dataran Sunway, selain mematuhi arahan ditetapkan.

Majlis pada hari berkenaan akan berlangsung dari pukul 2 hingga petang, dengan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dijangka berkenan menghadirinya.

Selain itu, tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. serta barisan exco kerajaan negeri. 

Orang ramai boleh turut serta memasuki taman tema itu bagi merasai sendiri aktiviti-aktiviti di LWOT secara percuma pada hari berkenaan.

-- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo