Elvis Francois, yang diselamatkan dari botnya minggu ini turut meminum air hujan yang ditadah menggunakan kain sepanjang 24 hari berada di Laut Caribbean.
Lelaki berusia 47 tahun itu terkandas pada Disember tahu lalu apabila arus kuat menghanyutkan botnya ke laut ketika dia membuat pembaikan di pulau St. Martin di Antillen Belanda.
“Saya menghubungi rakan-rakan saya, mereka cuba menghubungi saya tetapi saya hilang isyarat.
“Tiada apa yang mampu dilakukan selain duduk dan menunggu,” jelas Francois dalam sebuah video yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Colombia.
Francois akhirnya dikesan oleh sebuah pesawat yang lalu selepas dia menggunakan cermin sebagai isyarat dan menulis perkataan ‘help’ pada bot, kata pegawai.
Sebuah kapal kontena melalui kawasan itu lalu mengambilnya di lokasi sejauh kira-kira 120 batu nautika dari barat laut bandar Cartagena, kata pegawai tentera laut.
Sebelum diselamatkan, Francois berkata, dia terpaksa mengeluarkan air secara konsisten daripada bot supaya ia tidak tenggelam. Dia juga cuba menyalakan api sebagai isyarat kecemasan tetapi gagal.
Komander Carlos Urbano Montes berkata, Francois berada dalam keadaan sihat selepas menjalani pemeriksaan kesihatan tetapi telah kehilangan berat badan.
Tentera laut berkata, selepas pemeriksaan perubatan, Francois akan diserah kepada pegawai imigresen supaya boleh dihantar pulang ke Dominica. – Agensi
No comments
Post a Comment