NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lawatan PM10 ke Terengganu - Adab Tetamu dan Hak Tuan Rumah

Lawatan PM10 ke Terengganu - Adab Tetamu dan Hak Tuan Rumah

1. Heboh apabila kehadiran PM10 ke Negeri Terengganu tidak disambut oleh Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri.

2. Penyokong Parti PM10 menuduh Kerajaan Negeri tidak menghormati PM10 dan mendesak diambil tindakan seperti disekat royalti dan peruntukan Kerajaan Pusat.

3. Pertamanya PM10 dan penyokongnya kena faham, datang Negeri orang macam kita gi rumah orang lah. Kena hormat hak tuan rumah. Kita maklum sepatah, call ke, whatsapp ke. Kalau kita tidak maklum. Masa kita datang, tuan rumah pergi kebun. Jangan marah tuan rumah. 

4. Dalam hal ini, PM10 kena salahkan team beliau. Sepatutnya perancangan lawatan dibuat bersama dengan pihak negeri. Susun elok perancangan lawatan bersama. Barulah boleh disambut meriah dengan paluan kompang dan persembahan silat serta hidangan nasi dagang dan keropok lekor. PM10 pun dapatlah merasa pusing drawbridge naik bot.

5. Team PM10 kena belajar dengan team Menteri Pendidikan. Adab dan cara nak pergi rumah orang. Lawatan Menteri Pendidikan elok bertemu dengan MB dan Exco serta disusun program peringkat pendidikan negeri. Sedangkan PM10 dan Menteri Pendidikan satu parti. Jadi tidak timbul isu boikot PM10. 

6. Akhir kata, saya ingin ungkapkan kepada PM10 kata-kata oleh Laurence Sterne seorang novelis Anglo-Irish "Respect for ourselves guides our morals, respect for others guides our manners". Selamat menghayati. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo