MUHYIDDIN: Kalau Khairy berhasrat untuk bersama menyertai (Bersatu), dia boleh buat permohonan, berbincang dan kita akan pertimbangkan secara baik. - Gambar fail/Sinar Harian |
PAGOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia membuka ruang dan mempertimbangkan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu lebih-lebih lagi apabila melibatkan permohonan penyertaan daripada pemimpin UMNO seperti bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Menyifatkan Khairy sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, ujarnya, bekas Ketua Pemuda UMNO itu boleh mengemukakan permohonan beliau sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.
“Khairy ini orang bijak pandai dan banyak orang suka. Tetapi tidak mengapa semua (yang dipecat) ini saya kenal (jadi) terserah kepada mereka kalau mereka rasa sesuai (sertai Bersatu).
“Bukan saya nak memuji, tetapi ketika dia (Khairy) bersama saya dan kerajaan dahulu saya lantik dia jadi menteri walaupun parti tidak menamakan dia dulu. Jadi, kita kenal dia bijak orangnya dan politik pun boleh tahan matang.
“Kalau Khairy berhasrat untuk bersama menyertai (Bersatu), dia boleh buat permohonan, berbincang dan kita akan pertimbangkan secara baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina, Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini pada Sabtu.
Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan Khairy dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti.
UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.
Sumber I Astro Awani
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment