NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ cadang PH-BN wujud perjanjian jangka panjang

(Dari kiri) Hajiji Noor, Ahmad Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim, Abang Johari Openg dan Shafie Apdal pada majlis menandatangani permuafakatan antara gabungan di bawah kerajaan perpaduan pada bulan lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perjanjian persefahaman permuafakatan jangka panjang antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu diwujudkan sekiranya kedua-dua gabungan mahu menuju haluan lebih ‘sentris’ untuk Malaysia, kata bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Berucap dalam satu forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak, Khairy memberitahu perjanjian persefahaman permuafakatan yang ditandatangani kedua-dua pihak dalam kerajaan perpaduan adalah perjanjian jangka pendek walaupun memfokus kepada pembaharuan.

Katanya, BN dan PH tidak bertanding dalam pilihan raya umum yang lalu dengan platform yang sama, malah kedua-dua pihak tidak berbincang sama ada perjanjian ketika ini akan diteruskan untuk jangka masa panjang.

Forum itu juga dihadiri oleh menteri pengangkutan dan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.

“Sekiranya anda mahu membawa haluan dan visi ‘sentris’ ke negara ini, di mana kamu (Loke) dan saya boleh bekerjasama, marilah membentuk semula struktur sedia ada,” kata Khairy.

“Dan marilah kita membawa visi itu untuk menentang mono-etnik blok pembangkang (Perikatan Nasional) dan bentangkan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim disertai PH, BN, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan dan juga beberapa parti kecil serta calon bebas.

Satu perjanjian persefahaman permuafakatan yang ditandatangani lima pemimpin gabungan dan parti politik utama pada Dis lalu menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.


Komen : Tiba² teringat kisah gossip KJ dan Nurul Izzah. Harap KJ tak jadi Shamsul 2.0

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo