NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Kita akan bincang hati ke hati, ikhtiar menang-menang' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika tiba di Kota Kinabalu, malam ini. - FOTO BERNAMA


KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya akan mengusahakan jalan 'menang-menang' untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda Sabah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memaklumkan, beliau bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, malam ini.

"Malam ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama saya akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah.

"Permasalahan politik di Sabah ini... insya-Allah, kita akan membincangkannya dari hati ke hati serta berikhtiar supaya 'win-win' (menang-menang) akan dicapai dalam perundingan nanti.

"Selepas pertemuan itu nanti, saya yakin Datuk Seri Anwar akan bertemu saudara-saudari (pengamal media) untuk menyatakan keputusan yang dibuat," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertemuannya dengan pimpinan tertinggi BN Sabah, di sini, malam ini.

Beliau kemudian beredar dari bangunan UMNO Sabah kira-kira jam 9.30 malam, dipercayai untuk menunggu ketibaan Perdana Menteri di The Magellan Sutera.


Sumber I BH Online






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo