Menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa, Abdul Hadi berkata, konsep sebenar Kerajaan Perpaduan adalah tiada pembangkang atau pembangkang terlalu kecil dan tidak bermaya.
"Jika kepalanya terlalu besar lebih besar daripada jasadnya, maka kemungkinan jatuhnya itu lebih mudah," katanya dalam catatan di ruangan Minda Presiden.
Menurut Abdul Hadi lagi, sekiranya ciri-ciri berkenaan tiada, maka ia tidak dinamakan sebagai perpaduan.
"Kumpulan dimaksudkan itu adalah seperti kumpulan perompak yang mengambil harta secara paksaan dan terbuka yang dinamakan juga dengan merampas, melanun di lautan luas dan sebagainya.
"Kemudiannya, disertai oleh kumpulan penipu yang mengumpulkan harta secara menggoda atau berbohong," katanya.
No comments
Post a Comment