NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemelut Sabah: Hajiji senyum, lambai tangan keluar istana

KOTA KINABALU – Selepas hampir satu jam mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, rombongan membawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dilihat keluar dari perkarangan Istana Seri Kinabalu.

Meninggalkan istana kira-kira pukul 5.13 petang, bagaimanapun usaha pengamal media mendapatkan komen Hajiji gagal.

Hajiji dilihat hanya memberikan lambaian dan senyuman sambil menurunkan tingkap di bahagian penumpang belakang.

Terdahulu, kenderaan jenis Lexus berwarna hitam bertulis no pendaftaran Ketua Menteri memasuki pintu utama istana sekitar pukul 4.20 petang.

Hajiji bertemu Yang di-Pertua Negeri Sabah namun tujuan pertemuan terbabit tidak dapat dipastikan. – KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo