UMNO nampaknya berusaha keras untuk men’suci’kan kerjasama mereka bersama Pakatan Harapan yang sedia maklum didominasi DAP.
Kata mereka, kerjasama bersama PH ini adalah strategi politik terbaik untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Kononnya jika UMNO bekerjasama dengan Perikatan Nasional, akan berlaku perebutan kerusi dalam segmen yang sama seterusnya akan membunuh UMNO sedikit demi sedikit.
Tidakkah tuan-tuan ingat dalam 8 siri PRK yang ditandingi ‘Muafakat Nasional’, kesemuanya adalah calon-calon daripada Barisan Nasional? Adakah ini yang dikatakan hendak membunuh UMNO?
Jika kita imbas data semasa PRU-15 lalu pun, sokongan orang Melayu Islam kepada PN adalah sebanyak 54%, BN 33% manakala PH 11%. Terbukti bahawa PH mendapat bilangan tertinggi kerusi pada PRU lalu disebabkan oleh sokongan solid non-malay yang melebihi 90%.
Tetapi UMNO-BN tetap memilih bekerjasama bersama PH yang telah mengakibatkan semakin lemah kuasa politik Melayu Islam dalam negara ini.
Jadi, benarkah UMNO masih memperjuangkan ‘Hidup UMNO, Hidup Melayu’?
Tidakkah sekiranya penyatuan Melayu-Islam itu kuat, lebih mudah untuk parti-parti teras Melayu Islam ini mentadbir negara Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah Melayu Islam? Kenapa dipilih PH yang jelas ditolak oleh orang Melayu sendiri?
Perhatikan rekod prestasi BN dan UMNO sejak PRU-11 sehingga PRU-15,
PRU11 (2004) - 198 kerusi BN, 109 kerusi UMNO
PRU12 (2008) - 140 kerusi BN, 79 kerusi UMNO
PRU13 (2013) - 133 kerusi BN, 88 kerusi UMNO
PRU14 (2018) -79 kerusi BN, 54 kerusi UMNO
PRU15 (2022) - 30 kerusi BN, 26 kerusi UMNO
Mungkin fakta ini boleh memberikan sedikit makna buat rakan-rakan UMNO yang ikhlas berjuang utk agama, bangsa dan negara.
.
Kamaruzaman Mohamad
No comments
Post a Comment