NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jorginho sertai Arsenal



LONDON: Arsenal mencapai persetujuan dengan Chelsea mengenai terma perjanjian mendapatkan Jorginho selepas menumpukan perhatian penuh terhadap pemain antarabangsa Itali itu susulan menerima tentangan daripada Brighton bagi memikat Moises Caicedo.

Arsenal amat bernafsu untuk menandatangani Caicedo, namun tawaran £70 juta (RM367 juta) mereka ditolak - selepas menawarkan RM315 juta, pada Jumaat dan kemudian RM341 juta serta tambahan RM26 juta, Ahad lalu.

Oleh itu, Arsenal memutuskan untuk mengalihkan perhatian mereka kepada Jorginho dan Sportsmail mendedahkan The Gunners sudah bersetuju untuk menandatangani pemain berusia 31 tahun itu dengan perjanjian 18 bulan bernilai RM63 juta.

Mikel Arteta terdesak untuk menambah pemain tengah ke dalam skuadnya ketika jendela perpindahan Januari susulan kecederaan yang dialami Thomas Partey dan Mohamed Elneny.

Sportsmail sebelum ini melaporkan bagaimana Arsenal berbincang sama ada mereka perlu membuat tawaran ketiga untuk Caicedo di tengah-tengah kebimbangan boleh merosakkan hubungan dengan Brighton.

Arsenal percaya mereka mempunyai hubungan baik dengan Brighton - setelah berjaya menandatangani Ben White dari Stadium Amex dalam perjanjian bernilai RM262 juta - dan tidak mahu menjejaskannya.

Justeru, mereka mengalihkan perhatian kepada Jorginho kerana Chelsea terbuka untuk menjual pemain itu berikutan kontraknya di kelab itu akan tamat pada musim panas ini dan kemungkinan kedatangan Enzo Fernandez akan terus menenggelamkannya.

Jorginho tiba di Stamford Bridge dari Napoli pada 2018, menandatangani perjanjian bernilai RM262 juta dengan dia bermain 213 kali untuk kelab, menjaringkan 29 gol dan mencatat sembilan bantuan jaringan.

Bagaimanapun, dia bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik dengan The Blues kini menduduki tangga ke-10 dalam carta Liga Perdana. 

- AGENSI



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo