Mohamed Azmin (lima kiri) ketika hadir merasmikan Bengkel Pengucapan Awam Bersatu Negeri Sembilan di sini pada Sabtu. |
SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.
Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan pimpinan di atas tidak menggambarkan aspirasi akar umbi UMNO di bawah yang tidak boleh bersuara, apabila bersuara mereka dipecat.
"...Sebab itu saya menyeru kepada ahli-ahli UMNO, ada cara lain, gunakan kebijakasanaan mereka sebagai pengundi untuk menyokong PN dalam PRN akan datang.
"Maknanya mereka ada peranan, kalau mereka buka mulut kena pancung, jadi tidak apa, duduk dalam UMNO tetapi bantu PN dalam PRN akan datang, insya-Allah kami akan terus melaksanakan dasar-dasar prihatin rakyat, memulihkan ekonomi sebab kita ada formula," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pengucapan Awam Bersatu Negeri Sembilan di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata, pihaknya membuka platform parti itu kepada ahli-ahli UMNO yang dipecat dan digantung keahlian untuk bersama-sama memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.
Jelasnya, keterbukaan itu termasuklah kepada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dipecat serta Ahli parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang digantung selama enam tahun dari parti itu semalam.
"Setakat ini, tidak ada perbincangan, tetapi saya percaya mereka ada peranan untuk bersama-sama dengan PN bagi melakukan sesuatu yang lebih baik.
"Mereka mempunyai pendidikan yang cukup tinggi dan boleh menyumbang untuk menggubal dasar sama ada pendidikan, ekonomi, sosioekonomi bagi membantu negara dan rakyat.
"Sudah tentu (mengalu-alukan), PN ini salah satu platform yang boleh kita bincang tetapi belum ada perbincangan dengan mereka, tetapi saya percaya sebagai sahabat, perkara ini boleh lihat peranan masing-masing untuk pastikan Malaysia terus makmur," katanya.
Malah Mohamed Azmin berpendapat bahawa suara Khairy, Hishammuddin, Shahril Hamdan adalah senada dengan dasar PN iaitu melawan kleptokrat, perasuah dan salah guna kuasa.
"Saya doakan mereka sabar dan tabah dengan ujian ini," katanya yang PN juga bersedia untuk menerima ahli-ahli UMNO yang dijangka ramai akan keluar dari parti itu susulan perasaan kecewa dengan apa yang berlaku dalam parti tersebut.
Katanya, akan membincangkan hal itu namun tidak ada paksaan, apabila mereka menerima ideologi dan matlamat PN, pihaknya bersedia untuk terima mereka.
"Saya juga atas sifat peribadi ada banyak pertemuan dalam berapa minggu ini, ini terutama selepas Perhimpunan Agung UMNO," katanya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment