NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Harga Makanan Mahal , Rafizi Hanya Mampu Tegur? Dia Menteri Atau Pembangkang Sekarang Ni?

Sedikit terkejut dengan sikap beberapa menteri daripada kabinet baru ini kerana masih menganggap diri mereka sebagai pembangkang apabila mengulas berkenaan isu rakyat.

Terbaru Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hanya mampu menegur sikap peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka.

“Kadang-kadang, itu orang marah apabila harga bahan mentah (semakin turun), harga (bil) elektrik tidak naik, semuanya dikekalkan, tetapi harga barang daripada peruncit, restoran dan gerai tidak turun.

“Kita juga perlukan supaya yang mana boleh turun, kita turunkan dan yang mana boleh kurang, kita kurangkan.

“Setakat ini, semua yang lain menunjukkan penurunan kecuali untuk beli makanan yang sudah siap daripada restoran dan gerai serta ‘take away’ ke rumah masih naik walaupun harga bahan mentah telah turun,” katanya.

Menurutnya pengguna perlu memboikot dengan mengelak daripada berkunjung ke restoran dan kedai makan yang masih menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi.

“Pengguna perlu bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan harga. Itu cara terbaik untuk kita mempengaruhi keputusan peniaga terutamanya di restoran,” katanya.

Akhirnya pengguna kini seakan disalahkan apabila harga barang makanan melambung tinggi itu menyebabkan rakyat semakin tertekan.

- Amalmedia 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo