NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Eropah `panas melampau’ ketika musim sejuk

LONDON: Suhu tinggi melampau ketika musim sejuk dilaporkan melanda beberapa bahagian di Eropah sepanjang minggu Tahun Baharu akibat perubahan iklim.

Situasi itu sekali gus mengundang ramai aktivis alam sekitar menggesa tindakan pantas terhadap pemanasan global sambil menawarkan penyelesaian jangka pendek kepada kerajaan yang bergelut menangani isu kenaikan harga gas yang tinggi. 

Lapor Al Jazeera, ratusan kawasan mencatatkan suhu yang memecahkan rekod, dari Switzerland ke Poland hingga ke Hungary.

Di Perancis, suhu meningkat kepada hampir 25 darjah Celsius di barat daya pada Hari Tahun Baharu manakala pusat peranginan ski Eropah yang biasanya sibuk dengan kunjungan pelancong, ketika ini lengang kerana kekurangan salji.

Pusat Perkhidmatan Cuaca di Jerman memaklumkan peralihan musim tahunan di negara itu tidak pernah berlaku sejak tahun 1881.

Setakat ini, saintis belum lagi menganalisis secara khusus bagaimana perubahan iklim mungkin mempengaruhi suhu tinggi baru-baru ini.

Namun, cuaca panas pada bulan Januari dikatakan sesuai dengan trend jangka panjang peningkatan suhu akibat pemanasan global disebabkan  perbuatan manusia. 

“Musim sejuk menjadi lebih panas di Eropah akibat peningkatan suhu global,” kata pakar iklim di Pusat Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU), Freja Vamborg.

Sementara itu, Agensi Ramalan Cuaca Kebangsaan Perancis, Meteo France mengaitkan suhu luar biasa itu dengan udara panas yang bergerak ke Eropah dari kawasan subtropika. 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo