Aminuddin berkata, ketika ini fokus utama kerajaan negeri bagi memberi ruang kepada proses pemulihan ekonomi.
Menurut ADUN Sikamat itu, keputusan berkenaan juga selari pendirian kerajaan negeri sebelum ini yang mahu memberikan khidmat genap selama lima tahun.
“Kita gunakan tahun ini dengan baik untuk pastikan negeri dapat ditadbir sebaik mungkin kerana dalam keadaan sekarang politiknya juga agak dinamik dan tidaklah runsing sangat,” katanya menurut Astro Awani.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkata, meskipun dinamik politik negara dan negeri dilihat stabil ketika ini, namun fokus kepada isu itu tidak perlu diberi keutamaan kerana keharmonian masyarakat lebih utama.
“Kita tidak mahulah asyik cerita soal politik, tetapi apa pun saya rasa kita tetap kena hadapi supaya kita boleh dilihat sebagai negara dan negeri yang mempunyai potensi masa depan dalam bidang ekonomi.
“Kita tidak mahu orang lari kerana (kita) sibuk berpolitik, jadi kita harap dalam tempoh berbaki Januari sehingga Mei ini kita dapat lah lakukan yang terbaik untuk negeri dan juga negara,” katanya.
Sebelum ini, Aminuddin dilapor berkata enam negeri menyatakan kesediaan untuk membubarkan DUN secara bersama bagi membolehkan PRN diadakan serentak.
Kesediaan itu disuarakan hasil perbincangan tidak rasmi beliau bersama menteri besar dan ketua menteri dari lima lagi negeri ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu berlangsung di ibu negara baru-baru ini.
Selain Negeri Sembilan, katanya lima lagi adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Bagaimanapun, katanya persetujuan itu masih tertakluk kepada persetujuan di peringkat parti masing-masing yang menjadi teraju kerajaan di semua enam negeri berkenaan.
No comments
Post a Comment