Kerajaan mengumumkan 4,914 jawatan tetap baharu tetapi jurucakap doktor kontrak berkata angka itu tidak mencukupi. (Gambar Reuters) |
PETALING JAYA: Kumpulan mewakili doktor kontrak menggesa formula bagi menentukan bilangan doktor yang diperlukan dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan disemak semula.
Hartal Doktor Kontrak berkata, pengumuman Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bahawa lebih banyak jawatan tetap disediakan mungkin tidak mencukupi.
Jurucakapnya, Dr Omar Izmir, berkata formula kerajaan semasa adalah tidak tepat kerana ia berdasarkan bilangan katil hospital dan saiz populasi umum dan “tidak menggambarkan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di lapangan”.
“Kerajaan sebaliknya harus memikirkan nisbah doktor kepada pesakit dalam sektor awam dengan cara lebih khusus, bagi menentukan dengan tepat berapa ramai doktor diperlukan sektor penjagaan kesihatan awam,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Zaliha mengumumkan Kementerian Kesihatan menawarkan 4,914 jawatan tetap tahun ini terdiri daripada 4,263 jawatan untuk pegawai perubatan, 335 pegawai pergigian, dan 316 bagi pegawai farmasi.
Difahamkan, Hartal Doktor Kontrak yang mendesak ketelusan dalam kriteria dan pemilihan doktor kontrak serta faedah sama rata dengan doktor tetap mengadakan pertemuan dengan Zaliha bulan lalu.
Omar berkata, Kementerian Kesihatan juga perlu menangani masalah kesihatan awam.
Katanya, bekas dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Adeeba Kamarulzaman, menyatakan di Twitter bahawa UM kehilangan graduan perubatan terbaik setiap tahun.
“Trend terkini juga menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai jawatan tetap dalam kerajaan kini meninggalkan perkhidmatan awam menyertai sektor swasta,” kata Omar.
Dalam pada itu, Persatuan Perubatan Malaysia menyambut baik pengumuman Zaliha berhubung jawatan tetap doktor kontrak.
Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata angka itu di luar jangkaan mereka dan ia adalah satu langkah besar ke arah yang betul bertujuan menyelesaikan masalah jawatan tetap doktor kontrak.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment