Menerusi hantaran pengguna TikTok @kakiSTRIE, dia memaklumkan perlu berulang lebih 89 km setiap hari dari Shah Alam ke Sungai Besar untuk ke tempat kerja.
Katanya, itu adalah rutin hariannya selama hampir tiga tahun.
“Semoga murah rezeki kami pada 2023 ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen video.
Sehubungan itu, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian pengguna yang lain, dan mereka turut berkongsi jarak perjalanan ke tempat kerja masing-masing.
“Berulang Klang ke Ayer Keroh (326 km) setiap hari dah setahun tiga bulan. Air mata yang mengalir tak tahu berapa banyak.
“Doakan tahun 2023 ini doa aku terjawab,” kata Kakak Petak.
“Bentong ke Putrajaya, hari-hari dah 10 tahun,” kata Wan Azhan.
“Saya dari Sungai Besar ke tempat kerja di Sepang, setiap hari pukul 4 pagi bertolak dari rumah,” kongsi Nickamie.
“Saya dari Klang ke Senawang selama 6 tahun dah berulang-alik untuk cari rezeki buat keluarga, moga Allah permudahkan,” ujar Shajimiee.
Dalam pada itu, antara alasan mereka terpaksa berulang-alik pada jarak agak jauh adalah disebabkan tidak mampu menyewa rumah lain yang agak jauh, selain tidak mahu berjauhan dengan pasangan serta keluarga di rumah. – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment