Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 5 Januari 2023) meningkat semula kepada 571 kes, berbanding 433 yang dicatat pada Rabu, menurut data laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 379 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 112 (individu yang lengkap divaksinasi); lima kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 75 kes (individu tidak divaksinasi).
Jangkitan semalam, turut melibatkan 31 kanak-kanak, turun sedikit berbanding 33 yang dicatatkan pada Rabu, selain 10 kes membabitkan kluster.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,028,794 dengan 4,980,364 pesakit telah sembuh, termasuk 606 yang pulih semalam.
Sementara itu, KKM juga memaklumkan sehingga semalam 11,564 kes masih aktif, turun lagi berbanding 11,696 yang dilaporkan pada Rabu, manakala 10,945 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (11,084 pada Rabu). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital pula kekal seperti pada Rabu seramai 581 orang.
Seramai 38 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi meningkat berbanding 31 yang dicatat pada Rabu, dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (21 pada Rabu).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 191 (1,545,719);
- Kuala Lumpur – 82 (466,701);
- Sabah – 18 (406,619);
- Johor – 20 (397,873);
- Sarawak – 54 (323,787);
- Kedah – 24 (318,204);
- Pulau Pinang – 29 (307,065);
- Kelantan – 10 (259,917);
- Perak – 37 (238,595);
- Negeri Sembilan – 15 (230,626);
- Pahang – 21 (182,445);
- Melaka – 40 (144,385);
- Terengganu – 15 (132,775);
- Putrajaya – 13 (32,197);
- Labuan – 1 (22,918); dan
- Perlis – 1 (18,966).
Bagaimanapun, KKM tidak memberi pecahan jumlah kes semalam yang melibatkan varian baharu Omicron BA.5.2 dan BF.7. Kedua-dua varian Covid-19 itu yang mendominasi 80 peratus daripada jangkitan di China, telah dikesan di Malaysia sehingga 31 Disember 2022 lalu.
Sementara itu, tujuh pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Johor, Negeri Sembilan, dan Selangor masing-masing mencatat dua kes kematian, manakala satu lagi di Pulau Pinang.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 kekal kepada 36,866 mangsa, termasuk 7,856 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment