PULAU PINANG – Pilihan Raya Umum DUN (PRU-DUN) Pulau Pinang yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini bakal menyaksikan muafakat buat pertama kalinya antara DAP dan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, kerjasama antara DAP dan BN itu akan diperincikan selepas mesyuarat lanjut dijalankan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Pakatan Harapan (PH).
”Mesyuarat ini akan dijalankan dalam minggu ketiga sebelum Tahun Baharu Cina, kita mahu lihat bagaimana bentuk jalinan kerjasama yang akan dibentuk dengan BN.
“Segala perincian mengenai kerjasama akan dimaklumkan selepas Tahun Baharu Cina nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma DAP Pulau Pinang, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying,
Menurut Guan Eng, jalinan kerjasama antara DAP dan BN telah dibentuk di peringkat Kerajaan Pusat menerusi pembentukan kerajaan perpaduan, malah ia juga dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri Perak dan Pahang.
”Kita ada kerajaan perpaduan di peringkat Pusat, jadi ia dengan sendirinya akan menyebabkan kerjaaan-kerajaan negeri juga bekerjasama seperti yang berlaku di Perak dan Pahang.
No comments
Post a Comment