Dalam PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini calon-calon Umno yang mewakili BN kecundang di semua kerusi yang ditandinginya. Umno turut tewas di kerusi-kerusi tradisinya seperti Sabak Bernam dan Tanjong Karang.
Buat pertama kali dalam sejarah parti berkenaan tiada langsung kerusi Parlimen di Selangor
Pengundi-pengundi teras Umno khasnya orang-orang Melayu tidak lagi memberikan undi mereka pada Umno sebagaimana dahulu.Ternyata mereka kecewa dan telah tawar hati.
Mengikut statistik yang PAS perolehi BN cuma menguasai 28 peratus sokongan pengundi Melayu seluruh Selangor berbanding PN 49 peratus dan PH 20 peratus.
Ini bermakna PN khasnya PAS telah menggantikan Umno sebagai parti tonggak yang mewakili suara umat Melayu Islam buat pertama kali dalam sejarah negeri ini.
Calon PAS yang menang di Parlimen Kuala Langat, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi contohnya berjaya menguasai 72 peratus undi Melayu di Kuala Langat, pencapaian terbesar di Selangor dari kalangan 22 Ahli Parlimen yang terpilih di negeri ini.
Manakala Dr Halimah Ali calon PAS yang menang di Parlimen Kapar dengan majoriti 11, 782 undi telah memperolehi 58 peratus undi Melayu berbanding calon Ketua Pemuda bahagian Kapar yang tewas dengan hanya mendapat 27 peratus undi Melayu.
Begitu besar larinya sokongan pengundi Melayu dari Umno kali ini dan jika trend ‘Gelombang Hijau’ ini berkekalan Umno mungkin juga akan hilang kelima-lima baki kerusi DUN dalam tangannya dan hilang terus dari persada politik Selangor.
Umno dalam krisis dan rakyat sesungguhnya telahpun meninggalkan mereka dalam PRU ke-15 lalu apatah lagi kini setelah pimpinannya memutuskan pula untuk bekerjasama dengan PH dan DAP.
Ketidakpuasan hati dan kegelisahan begitu ketara di kalangan akar umbi di seluruh pelosok Selangor.
Adapun calon Umno yang mendapat sokongan terbaik walaupun kalah adalah di Parlimen Sungai Buloh, bilamana Khairy Jamaluddin berjaya menguasai 48 peratus undi Melayu di sana, namun tidak cukup untuk menang.
Kini khabar mengatakan Khairy Jamaluddin yang paling cemerlang di kalangan calon-calon Umno di Selangor pun akan diambil tindakan. Makin tersisihlah Umno.
Mengikut statistik juga pengundi anak muda hanya 16 peratus menyokong BN berbanding 34 peratus untuk PN.
PRN Selangor semakin hampir. PAS dan PN akur dengan isyarat sokongan rakyat khasnya umat Melayu Islam melalui fenomena ‘Gelombang Hijau’ baru-baru ini dan sangat menghargainya.
PAS sedang giat menyusun jenteranya yang semakin bersemangat. Berbekalkan pendekatan politik Penyatuan Ummah, rakyat terus disantuni dan PAS yakin melalui angka-angka yang ada tambahan kegagalan Kerajaan Campuran di Putrajaya serta kelesuan Kerajaan PH di Selangor, rakyat akan terus bersama ‘Gelombang Hijau’ ini.
Perubahan akan berlaku di Selangor. Umat Melayu Islam di negeri ini mahukan kepimpinan baru dan tidak sanggup lagi duduk di bawah dominasi PH DAP lagi.
Kawan-kawan dalam Umno Selangor perlu segera membuat perhitungan, jangan sampai di depan api di belakang duri, tiada lagi jalan keluar dan tinggal hanyut ditelan arus zaman.
Fahamilah denyut jantung umat Melayu umat Islam yang menuntut perubahan sebenar.
Berpegang teguhlah kita bersama dengan tali Allah tiada guna bercerai berai lagi sehingga perlu tunduk pada telapak musuh.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri,
Kita sudah tiada masa.
(sedutan lirik keramat: Anak kecil main api)
Kitakan seakidah, serumpun, sebangsa. Tinggalkan yang keruh bersamalah yang jernih.
Perlis ada Shahidan Kassim, Pahang ada Ismail Muttalib, pasti di Selangor ramai lagi.
Perjuangan memartabat dan mendaulatkan agama dan bangsa ini adalah perjuangan kita bersama.
Bahtera besar kami setia menunggu tuan-tuan, segeralah bertindak demi kebaikan ummah.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
NOTIS:
Bersama kita bawa perubahan di Selangor
SELANGOR pernah menjadi negeri Umno yang paling teguh. Hari ini tidak lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment