NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekalan telur semakin pulih, kata Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata data Jabatan Veterinar menunjukkan bekalan ayam dan telur sudah mula pulih dan kembali stabil tidak lama lagi.


PUTRAJAYA: Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ini terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada Dis lalu hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kekurangan kritikal sebelum itu iaitu Nov sebanyak 157 juta dan 118 juta pada Okt.


“Saya melapor diri di MAFS (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) pada 5 Dis lalu. Selepas mendengar taklimat tentang situasi semasa bekalan telur, saya bersama pengurusan tertinggi MAFS bertemu beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.

“Data yang saya peroleh daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur agak kritikal pada Okt dan Nov 2022. Alhamdulillah, sekarang bekalan ayam dan telur sudah mula pulih, Insya Allah akan kembali stabil tidak lama lagi,” katanya menurut Bernama.

Disember lalu, kerajaan membenarkan kemasukan telur ayam dari India menerusi laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati piawaian yang ditetapkan.


Mengenai cadangan supaya kerajaan menghentikan eksport telur, Mohamad berkata, langkah itu tidak dapat dilakukan kerana kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama hingga menekan pengeluar telur tempatan.

“Mereka (pengeluar telur) sangat mengharapkan hasil eksport telur untuk menampung kerugian dialami di pasaran tempatan kerana kawalan harga dikenakan terlalu lama dan boleh menyebabkan banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi,” katanya.

Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Mohamad berkata, MAFS telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Kewangan selain mencadangkan agar subsidi bersasar diberikan kepada rakyat memerlukan, sebelum harga telur diapungkan semula.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo