NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Antara isu sticker roadtax, jalan rosak dan harga babi

Menteri nak selesaikan isu stiker cukai jalan (Roadtax sticker). Saya cadangkan Menteri fikir bagaimana untuk hapuskan cukai jalan ini. Cukai jalan ni digunakan untuk apa? Ia digunakan untuk penyelenggaraan jalan raya tanpa tol. Tapi jalan raya kita teruk, berlubang dan tidak selamat menyebabkan Kerajaan sepatutnya malu untuk mengutip cukai jalan.
Bekas Menteri MOSTI Khairy Jamaludin pernah jatuh terlanggar lubang ketika berbasikal. Banyak kemalangan jalan raya berlaku kerana jalan berlubang teruk dari sudut penyelengaraan. Lando Zawawi dan kumpulan Brotherhood telah lama memperjuangkan isu ini. Kerajaan sebagai service provider kepada rakyat. Apakah adil untuk paksa rakyat/customer bayar untuk perkhidmatan yang langsung tidak memuaskan? 
Saya berharap Menteri dapat membawa kertas cadangan segera ke Kabinet dan mendapatkan kelulusan dari kabinet untuk hapuskan cukai jalan. Kertas babi tu letak tepi dulu, tak berapa penting. Saya yakin Menteri Pengangkutan Anthony Loke mampu melakukannya. Go YB Anthony Loke!!!

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo