Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara petang tadi. (Gambar Facebook) |
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad hari ini berkenan menerima menghadap bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara petang tadi.
Dalam catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Bera itu mengucapkan terima kasih kepada Sultan Abdullah kerana memberi perkenan kepadanya untuk menerima menghadap baginda yang dipercayai dipercayai berlangsung pada jam 2.30 petang.
Difahamkan pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam.
Pertemuan rasmi itu dipercayai yang membabitkan bekas perdana menteri dan Agong sejak PRU15 yang kemudian mengangkat Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kerajaan perpaduan.
Ismail berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia yang kesembilan selama satu tahun 51 hari, menjadikannya perdana menteri Malaysia paling singkat.
Ismail menggantikan Muhyiddin Yassin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 17 bulan.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment