NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Abang Mat, tak perlu import telur dari India'

Presiden MCA, merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu, disaran meninjau ladang telur di Yong Peng, Johor dan tidak perlu ke India bagi menangani masalah bekalan bahan itu di negara ini.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Mohamad Sabu perlu mengutamakan penternak tempatan dan tidak mempunyai keperluan untuk menjelajah jauh ke India untuk meninjau ladang telur di Namakkal, Tamil Nadu.

"Tak perlu import telur dari India jika bekalan mencukupi. Kementerian Abang Mat turut menjaga keterjaminan makanan? Fikir-fikirkanlah Abang Mat! Telur dan ayam adalah makanan asas rakyat tak kira kaum atau agama. Patut dijadikan keutamaan," katanya.

Beliau juga mempertikaikan penetapan harga telur tempatan yang lebih murah berbanding harga telur diimport dari India, yang boleh menjejaskan penternak ayam dalam negara.

"Abang Mat, telur tempatan hanya boleh dijual dengan 41 sen sebiji kerana ada kawalan harga. Penternak tempatan mengalami kerugian kerana harga kos mereka melebihi harga kawalan telur. Jika mereka mengalami kerugian, penternak tidak akan menternak ayam untuk menghasilkan telur.

"Saya rasa pelik pula, telur diimport dari India dijual dengan 50 sen sebiji. Kalau diangkut menggunakan kapal, telur dari India mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk sampai ke Malaysia. Segarkah telur India berbanding telur tempatan?" katanya. 

Terdahulu, media hari ini melaporkan, Mohamad Sabu berlepas ke Namakkal, Tamil Nadu, India, hujung minggu lalu bagi melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia.

Lawatan itu juga bagi memastikan telur yang diimport untuk rakyat Malaysia adalah bersih, selamat dan lebih murah dari telur tempatan.

Presiden MCA itu turut mencadangkan kepada Mohamad Sabu supaya menetapkan harga kawalan kepada 50 sen sebiji sama seperti harga telur yang diimport dari India.

"Saya rasa kalau harga kawalan ditetapkan 50 sen sebiji, mungkin penternak tempatan sanggup menternak ayam kerana mereka tidak akan rugi.

"Kalau kerajaan mampu dan bersungguh mahu membantu golongan B40, boleh wujudkan elaun telur secara tambah nilai kepada golongan B40 untuk menanggung bebanan kewangan iaitu selisih harga 9 sen sebiji. 

"Kalau RM200 setahun, banyak telur boleh dimakan oleh keluarga B40," katanya.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo