GEORGE TOWN – Tiga lagi ladang babi di Pulau Pinang merekodkan kes baharu jangkitan penyakit demam babi Afrika atau ‘African swine fever’ (ASF).
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan ladang terkesan wabak itu kepada 21 setakat ini.
“Kes jangkitan ASF masih melibatkan ladang-ladang di Seberang Perai Selatan (SPS), Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (SPS).
“Seperti diumumkan dahulu, ASF merupakan virus yang senang merebak namun terdapat ladang yang didapati negatif ASF hasil ujian saringan yang dilakukan jadi situasi ini akan dipantau secara berterusan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Tambah Kon Yeow, dalam tempoh ini sejumlah 4,204 ekor babi dari empat ladang di SPS telah selesai dilupuskan sepenuhnya.
Media sebelum ini melaporkan sebanyak 18 ladang babi dengan jumlah 48,194 ekor babi terjejas akibat ASF di negeri ini. – MalaysiaGazette
No comments
Post a Comment