NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 doa ini boleh diamalkan setiap hari sejak bangun pagi hingga sebelum tidur ❤️




Saya ingin kongsikan 10 doa pengubat jiwa ini yang boleh diamalkan setiap hari, mudah-mudahan Allah menerima permohonan kita pada hari yang penuh berkat ini. 🤲🌹

1. DOA MENJADI HAMBA YANG SELALU MENGINGATI ALLAH DAN BERSYUKUR

Pada permulaan hari, disarankan untuk membaca doa ini agar kita mulakan hari dengan mensyukuri nikmat Allah, sentiasa ingat kepadaNya dan niatkan agar setiap pekerjaan yang kita lakukan sebagai ibadah kepada Allah SWT.

Daripada Muadz bin Jabal r.a., beliau berkata Rasulullah sering berdoa ketika sujud dengan membaca:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepada-Mu serta beribadah kepada-Mu dengan baik.”
(HR Abu Daud, hadis sahih)

2. DOA MEMOHON ILMU BERMANFAAT

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”
(HR Ibnu Majah, hadis hasan)

3. DOA DIMUDAHKAN URUSAN

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW pernah berdoa:

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan dan perkara yang susah Engkau boleh jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya.”
(HR Ibnu Hibban, hadis sahih)

4. DOA NABI YUNUS A.S. MEMOHON KEAMPUNAN KETIKA DI DALAM PERUT IKAN

لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah). Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, bantulah daku), sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
(Surah Al-Anbiya: 87)

5. DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA BALA, SENGSARA DAN TAKDIR YANG BURUK

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

تَعَوَّذُوا بِاللهِ مِنْ جَهْدِ البَلاَءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ القَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاء

Maksudnya: “Mintalah perlindungan kepada Allah daripada bala yang berat, hinanya kesengsaraan, takdir yang buruk, dan kegembiraan musuh (terhadap masalah yang menimpa).”
(HR Muttafaqun 'alaih, hadis sahih)

6. MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA SIFAT SEDIH, LEMAH, MALAS, PENGECUT, BAKHIL DAN BELENGGU HUTANG

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW pernah berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبَنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung kepadaMu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepadaMu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang.”
(HR Bukhari, hadis sahih)

7. DOA DILANCARKAN PERCAKAPAN

Ketika diperintahkan berdakwah kepada Fir’aun, Nabi Musa a.s. sering membacakan doa:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِ يَفْقَهُوْا قَوْلِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.”
(Surah Taha: 25-28)

8. DOA NABI IBRAHIM A.S. BERTAWAKAL KEPADA ALLAH KETIKA DILEMPAR KE DALAM API

Doa ini boleh diamalkan apabila kita rasa berat untuk menanggung ujian, ketika dalam kesedihan atau di saat kita amat berharap kepada pertolongan. Nabi Ibrahim a.s. membaca doa ini ketika penduduk kampungnya menyalakan api yang besar untuk membakar Baginda kerana tidak beriman dengan berhala yang mereka sembah. Bacaannya seperti berikut:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksudnya: "Cukuplah Allah sebagai penolong kita dan Dia adalah sebaik-baik tempat berserah."
(Surah Ali-Imran: 173)

9. DOA AGAR SENTIASA DIBERI KESEJUKAN HATI

Daripada Abdullah bin Abu Aufa r.a., Rasulullah SAW pernah berdoa:

اللَّهُمَّ بَرِّدْ قَلْبِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ، اللَّهُمَّ نَقِّ قَلْبِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ دَّنَسِ

Maksudnya: "Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salju, embun, dan air sejuk. Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada segala kesalahan sebagaimana Engkau menyucikan pakaian putih daripada kotoran."
(HR Tirmizi, hadis hasan sahih gharib)

10. DOA DI MALAM HARI JIKA MENGALAMI KESUKARAN UNTUK TIDUR

Doa ini boleh diamalkan sebelum tidur, khususnya bagi sesiapa yang mengalami masalah tidur malam. Rasulullah SAW pernah ajarkan doa ini kepada Khalid Al-Walid r.a. yang mengalami kesukaran untuk tidur malam ketika itu:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ‏

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan, seksaan dan kejahatan hamba-hambaNya, dan daripada godaan syaitan serta jangan sampai mereka (syaitan) hadir (di hadapanku).”
(HR Tirmizi, hadis hasan gharib)

Doa-doa ini boleh dibacakan pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, selepas solat fardhu atau sunat, ketika masa lapang, di waktu petang, ketika dalam kenderaan, di tempat kerja, di rumah, dll waktu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat beramal. 😊🤲

Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan



........
Komen: ........



............oo000oo...........
PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo